CARA HAIWAN MEMBIAK.
1. Semua hidupan di alam ini boleh membiak.
2.
Pembiakan ialah satu proses hidup yang membolehkan
bilangan suatu jenis hidupan
bertambah.
3. Pembiakan juga membolehkan hidupan mengekalkan zuriatnya.
4. Hidupan membiak dengan cara yang berbeza-beza.
5. Manusia membiak dengan melahirkan anak.
6. Haiwan membiak dengan melahirkan anak atau secara bertelur.
7. Tumbuhan membiak melalui biji benih,spora,batang,atau daun.
Cara Pembiakan Haiwan Dan Tumbuhan.
A. Cara pembiakan haiwan.
1. Haiwan yang berlainan mempunyai cara pembiakan yang berlaianan.
2. Haiwan yang melahirkan anak biasanya merupakan haiwan mamalia.
3. Gajah,lembu,kucing,dan tikus ialah contoh mamalia darat
yang membiak dengan cara melahirkan anak.
4.
Ikan paus dan
ikan lumba-lumba merupakan mamalia akuatik yang membiak dengan melahirkan anak.
5. Ikan yu yang bukan merupakan mamalia juga
melahirkan anak secara hidup-hidup.
6. Bilangan anak yang dilahirkan oleh haiwan betina biasa tidak banyak.
7. Harimau betina biasanya melahirkan dua atau tiga anak.
Manakala gajah betina melahirkan satu anak setiap kali beranak.
8. Mamalia menyusu dan menjaga anaknya sehingga anaknya cukup matang atau boleh berdikari.
9. Gajah betina biasanya akan menyusu anak gajah selama 3 atau 4 tahun dan
menjaga anaknya sehingga anaknya berusia 8 tahun.
10. Orang utan betina biasanya akan menyusu anaknya selama 2 atau 3 tahun dan
menjaga anaknya sehingga anaknya berusia 5 tahun.
11. Haiwan dalam kumpulan serangga ,ikan,amfibia,burung
dan reptilia membiak secara bertelur.
12. Berbeza daripada haiwan yang melahirkan anak,
haiwan yang bertelur tidak menyusui anaknya.
13. Ikan dan amfibia bertelur dengan banyak di dalam air.
14. Serangga dan reptilia bertelur dengan banyak di darat.
15. Telur reptilia adalah bercengkerang manakala telur ikan
dan amfibia tidak.
16. Penyu bertelur di pantai berpasir.
17. Penyu betina menyembunyikan telur di dalam
lubang yang dikorek lalu menimbus lubang
tersebut dengan pasir.
18. Penyu tidak menjaga telurnya atau anaknya yang berjaya menetas.
19. Haiwan dalam kumpulan burung pula biasanya
tidak banyak bertelur. Misalnya helang hanya
menghasilkan beberapa biji telur sahaja.
20. Burung bertelur disarangnya.
21. Setelah bertelur burung akan mengeramkan telurnya sehingga
anaknya menetas.
22. Selepas itu burung akan menjaga anaknya dan mencari
makanan untuk anak burung sehingga mereka boleh berdikari.
PENGKELASAN HAIWAN MENGIKUT MAKANAN
- Haiwan boleh dikelaskan sebagai herbivor,karnivor,atau omnivor mengikut jenis makanan yang dimakan.
- Haiwan yang memakan tumbuhan sahaja disebut herbivor.
- Haiwan yang memakan haiwan sahaja disebut karnivor.
- Haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain disebut omnivor .
Herbivor.
1. Contoh herbivor .
- lembu,kelawar,rusa,zirafah,gajah,arnab,lebah dan belalang.
2. Contoh
bahagian tumbuhan yang menjadi
makanan herbivor termasuk
- daun,batang.akar,biji benih,bunga dan buah.
3. Herbivor yang berlainan biasanya memakan bahagian tumbuhan yang berlainan.
- Misalnya belalang memakan daun,
- lebah memakan madu
- kelawar memakan buah.
5. Herbivor biasabnya mempunyai ciiri-ciri khas yang membolehkannya memakan
bahagian tumbuhan tertentu.Sebagai contoh gigi geraham membolehkan
herbivor mengunyah bahagian tumbuhan.
Karnivor.
1. Contoh
karnivor
- harimau ,singa, helang ,bangau,ikan yu,katak dan cicak.
2.
Karnivor biasanya merupakan
pemangsa bagi haiwan yang lebih kecil
atau lemah.
- Sebagai contoh,singa memakan kuda belang
- helang memakan ayam.
3.
Makanan (mangsa) karnivor boleh
bergerak dan
melarikan diri.
4. Oleh itu,
karnivor mempunyai
ciri-ciri khas untuk membantunya memburu
dan membunuh mangsanya.
a)
Singa dan harimau mempunyai
rahang yang kuat serta
gigi dan
kuku
yang tajam.
b)
Bangau dan
helang mempunyai
paruh yang tajam dan
cakar yang kuat.
c)
Helang juga mempunyai deria
penglihatan dan
pendengaran yang cekap.
d)
ikan yu mempunyai
rahang yang kuat dan
gigi yang tajam.
e)
Anjing,beruang dan
beruang kutub mempunyai
deria bau yang tajam.
f)
Hariamau bintang boleh
berlari pantas untuk mengejar dan
menangkap mangsanya.
Omnivor.
1. Mangsa
omnivor
- ayam ,berudu,itik,angsa.lipas dan tikus.
2. Omnivor yang berbeza memakan tumbuhan dan haiwan yang berbeza.
3. Sebagai contoh,
- berudu memakan rumpai air dan larva nyamuk
- kucing memakan nasi dan ikan.
4.
Manusia boleh dikelaskan sebagai
omnivor kerana
makanan manusia
termasuk tumbuhan (misalnya sayur kubis) dan haiwan (misalnya daging ikan) .
Uji diri.
Gariskan jawapan yang betul.
1. (Herbivor.Karnivor ) ialah haiwan yang memakan tumbuhan sahaja.
2. (Omnivor,Karnivor ) ialah haiwan yang memakan haiwan lain sahaja.
3. (Omnivor,Herbivor) ialah haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain.
4. Manusia boleh dikelaskan sebagai (karnivor,omnivor) berdasarkan tabiat makan.
5. (Rumput,serangga) ialah makanan kambing.
6. (Berudu,Helang) memakan tumbuhan dan haiwan lain.
7. (Harimau,Gajah) memakan arnab dan kancil.
8. (Madu , Daun ) merupakan makanan rama-rama.