Isnin, 12 Disember 2011

Aktiviti Di Sekolah

Jamuan Hari Raya

Pasukan Tarian Sekolah

Pasukan Koir Sekolah

Persembahan Koir

Jamuan Raya Tahun Satu

PROSES HIDUP HAIWAN

1. Seperti manusia,haiwan juga menjalani beberapa jenis proses hidup.
2. Proses-proses hidup yang dijalnani oleh haiwan ialah:
  • perkumuhan dan penyatinjaan.
  • pernafasan
  • pembiakan
  • kitaran hidup haiwan
Perkumuhan dan Penyahtinjaan

1.Haiwan berkumuh dan bernyahtinja untuk menyingkirkan bahan buangan daripada badannya.
2. Bahan buangan yang disingkirkan daripada  badan haiwan adalah dalam bentuk air kencing,peluh,wap air dan karbon dioksida.
3.Organ-organ perkumuhan haiwan termasuk peparu,kulit lembap,spirakel,insang dan ginjal.
   jadual di bawah menunjukkan organ-organ perkumuhan haiwan.

 
Organ Perkumuhan
Hasil Perkumuhan
Haiwan
Peparu
Karbon dioksida,wap air
Kucing,katak ,harimau
Kulit lembap
Karbon dioksida
Katak,cacing tanah
Spirakel
Karbon dioksida
serangga
insang
Karbon dioksida
Ikan
ginjal
Garam mineral,air berlebihan,urea
Burung,kucing,lembu

 4. Haiwan juga bernyahtinja untuk menyingkirkan makanan yang tidak tercerna daripada badannya.

5. Haiwan perlu berkumuh dan bernyahtinja untuk kekal sihat.Bahan buangan akan menjadi racun   jika               tidak       disingkirkan daripada badan.

PERNAFASAN

1. Haiwan perlu bernafas untuk hidup.

2. Seperti manusia,haiwan mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida serta wap air semasa bernafas.

3. Haiwan yang berbeza mempunyai struktur pernafasan yang berbeza.

4. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis struktur pernafasan haiwan.


Struktur pernafasan
Huraian

Peparu
·         Kebanyakan haiwan darat bernafas melalui peparu.
katak



ular

monyet
Haiwan akuatik seperti ikan paus,ikan lumba-lumba dan penyu juga bernafas melalui peparu.




Insang
·         Hampir semua haiwan yang hidup di dalam air(haiwan akuatik) bernafas melalui insang.






 Contoh: ikan ,udang,berudu

Struktur trakea
·         Serangga bernafas melalui trakea ,iaitu sistem saluran udara halus yang bercabang ke seluruh badan.Udara masuk melalui spirakel,iaitu liang halus yang terdapat pada abdomen dan diangkut melalui salur udara ke sel-sel badan.Contoh:belalang,rama-rama,beluncas,lipas dan mentadak.
      
Kulit lembap
·         Katak dan salamander bernafas melalui peparu dan juga kulit lembap.
·         Cacing tanah bernafas melalui kulit lembap sahaja.
cacing tanah
katak
Kulit lembap membantu menyerap oksigen ke dalam badan.


Insang  buku
.·         Insang buku merupakan struktur pernafasan yang berbentuk seperti buku.
ketam
·         Ketam bernafas melalui insang buku.


Peparu buku

·         Peparu buku merupakan struktur pernafasan yang bebentuk seperti buku.
·         Labah-labah dan kala jengking bernafas melalui peparu buku.
labah-labah











Sabtu, 3 Disember 2011

Sains Tahun 4 -Pembiakan-

 CARA HAIWAN MEMBIAK.
1.  Semua hidupan di alam ini boleh membiak.

2.  Pembiakan ialah satu proses hidup yang membolehkan bilangan suatu jenis hidupan bertambah.

3.  Pembiakan juga membolehkan hidupan mengekalkan zuriatnya.

4.  Hidupan membiak dengan cara yang berbeza-beza.

5.  Manusia membiak dengan melahirkan anak.

6.  Haiwan membiak dengan melahirkan anak atau secara bertelur.

7.  Tumbuhan membiak melalui biji benih,spora,batang,atau daun.


Cara Pembiakan Haiwan Dan Tumbuhan.
A.   Cara pembiakan haiwan.

1.  Haiwan yang berlainan mempunyai cara pembiakan yang berlaianan.

2.  Haiwan yang melahirkan anak biasanya merupakan haiwan mamalia. 

 3.  Gajah,lembu,kucing,dan tikus ialah contoh mamalia darat
      yang  membiak dengan cara melahirkan anak.

4.  Ikan paus dan ikan lumba-lumba merupakan  mamalia akuatik  yang membiak dengan melahirkan anak.

5.  Ikan yu yang bukan merupakan mamalia juga
melahirkan anak secara hidup-hidup.

6.  Bilangan anak yang dilahirkan oleh haiwan betina biasa tidak banyak.

7.  Harimau betina biasanya melahirkan dua atau tiga anak
Manakala gajah  betina  melahirkan  satu    anak  setiap kali beranak.

8. Mamalia menyusu dan menjaga anaknya  sehingga  anaknya cukup matang atau boleh berdikari.

9. Gajah betina biasanya akan menyusu anak gajah selama 3 atau 4  tahun dan
     menjaga anaknya  sehingga anaknya berusia  8 tahun.

10. Orang utan betina biasanya akan menyusu anaknya selama 2 atau 3 tahun dan
      menjaga anaknya sehingga anaknya  berusia 5 tahun.

11. Haiwan dalam kumpulan serangga ,ikan,amfibia,burung 
dan reptilia membiak secara bertelur.

12. Berbeza daripada haiwan yang melahirkan anak,
      haiwan yang bertelur tidak menyusui anaknya.

13. Ikan dan amfibia bertelur dengan banyak di dalam air.

14. Serangga dan reptilia bertelur dengan banyak di darat.

15. Telur reptilia adalah bercengkerang manakala telur ikan
     dan amfibia tidak.
16. Penyu bertelur di pantai berpasir.

17. Penyu betina menyembunyikan telur di dalam
      lubang yang dikorek lalu  menimbus lubang
      tersebut dengan pasir.

18. Penyu tidak menjaga telurnya atau anaknya yang berjaya menetas.

19. Haiwan dalam kumpulan burung pula biasanya
      tidak banyak bertelur. Misalnya helang hanya
      menghasilkan  beberapa biji telur sahaja.

20. Burung bertelur disarangnya.

21. Setelah bertelur burung akan mengeramkan telurnya sehingga 
      anaknya menetas.

22. Selepas itu burung akan menjaga anaknya dan mencari
      makanan untuk anak  burung sehingga mereka boleh berdikari.
   

PENGKELASAN HAIWAN MENGIKUT MAKANAN

  1.  Haiwan boleh dikelaskan sebagai herbivor,karnivor,atau omnivor mengikut jenis makanan yang dimakan.
  2. Haiwan yang memakan tumbuhan sahaja disebut herbivor.
  3. Haiwan yang memakan haiwan sahaja disebut karnivor.
  4. Haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain disebut omnivor .
     Herbivor. 

  1.  Contoh herbivor .
  • lembu,kelawar,rusa,zirafah,gajah,arnab,lebah dan belalang.                                      
     2. Contoh bahagian tumbuhan yang menjadi makanan herbivor termasuk  
    • daun,batang.akar,biji benih,bunga dan buah.
    3.  Herbivor yang berlainan biasanya memakan bahagian tumbuhan yang berlainan.
    •   Misalnya belalang memakan daun, 
    •   lebah memakan madu  
    •   kelawar memakan buah.
         
    5.  Herbivor biasabnya mempunyai ciiri-ciri khas yang membolehkannya memakan
         bahagian tumbuhan  tertentu.Sebagai contoh gigi geraham membolehkan
         herbivor mengunyah bahagian tumbuhan.

    Karnivor.

     1. Contoh karnivor
    • harimau ,singa, helang ,bangau,ikan yu,katak dan cicak.
    2. Karnivor biasanya merupakan pemangsa bagi haiwan yang lebih kecil 
        atau lemah.
    • Sebagai contoh,singa memakan kuda belang 
    • helang memakan ayam.
    3.  Makanan (mangsa) karnivor boleh bergerak dan melarikan diri.

    4.  Oleh itu,karnivor mempunyai ciri-ciri khas untuk membantunya memburu
         dan membunuh mangsanya.
      
         a) Singa dan harimau mempunyai rahang yang kuat serta gigi dan kuku
             yang tajam.
       
         b) Bangau dan helang mempunyai paruh yang tajam dan cakar yang kuat.
      
         c) Helang juga mempunyai deria penglihatan dan pendengaran yang cekap.
       
         d) ikan yu mempunyai rahang yang kuat dan gigi yang tajam.
       
         e) Anjing,beruang dan beruang kutub mempunyai deria bau yang tajam.
       
         f)  Hariamau bintang boleh berlari pantas untuk mengejar dan
             menangkap mangsanya.

               Omnivor.

    1.  Mangsa omnivor
    • ayam ,berudu,itik,angsa.lipas dan tikus.
    2.  Omnivor yang berbeza memakan tumbuhan dan haiwan yang berbeza.

    3.  Sebagai contoh, 
    • berudu memakan rumpai air dan larva nyamuk 
    • kucing memakan nasi dan ikan.

    4. Manusia boleh dikelaskan sebagai omnivor kerana makanan manusia 
        termasuk tumbuhan (misalnya sayur kubis) dan haiwan (misalnya daging ikan) .


    Uji diri.
    Gariskan jawapan yang betul.

    1.  (Herbivor.Karnivor ) ialah haiwan yang memakan tumbuhan sahaja.

    2.  (Omnivor,Karnivor ) ialah haiwan yang memakan haiwan lain sahaja.

    3.  (Omnivor,Herbivor) ialah haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain.

    4.  Manusia boleh dikelaskan sebagai (karnivor,omnivor) berdasarkan tabiat makan.

    5.  (Rumput,serangga) ialah makanan kambing.

    6.  (Berudu,Helang) memakan tumbuhan dan haiwan lain.

    7.  (Harimau,Gajah) memakan arnab dan kancil.

    8.  (Madu , Daun ) merupakan makanan rama-rama.

    Jumaat, 14 Oktober 2011

    Selasa, 27 September 2011

    Rabu, 21 September 2011