Isnin, 12 Disember 2011

PROSES HIDUP HAIWAN

1. Seperti manusia,haiwan juga menjalani beberapa jenis proses hidup.
2. Proses-proses hidup yang dijalnani oleh haiwan ialah:
  • perkumuhan dan penyatinjaan.
  • pernafasan
  • pembiakan
  • kitaran hidup haiwan
Perkumuhan dan Penyahtinjaan

1.Haiwan berkumuh dan bernyahtinja untuk menyingkirkan bahan buangan daripada badannya.
2. Bahan buangan yang disingkirkan daripada  badan haiwan adalah dalam bentuk air kencing,peluh,wap air dan karbon dioksida.
3.Organ-organ perkumuhan haiwan termasuk peparu,kulit lembap,spirakel,insang dan ginjal.
   jadual di bawah menunjukkan organ-organ perkumuhan haiwan.

 
Organ Perkumuhan
Hasil Perkumuhan
Haiwan
Peparu
Karbon dioksida,wap air
Kucing,katak ,harimau
Kulit lembap
Karbon dioksida
Katak,cacing tanah
Spirakel
Karbon dioksida
serangga
insang
Karbon dioksida
Ikan
ginjal
Garam mineral,air berlebihan,urea
Burung,kucing,lembu

 4. Haiwan juga bernyahtinja untuk menyingkirkan makanan yang tidak tercerna daripada badannya.

5. Haiwan perlu berkumuh dan bernyahtinja untuk kekal sihat.Bahan buangan akan menjadi racun   jika               tidak       disingkirkan daripada badan.

PERNAFASAN

1. Haiwan perlu bernafas untuk hidup.

2. Seperti manusia,haiwan mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida serta wap air semasa bernafas.

3. Haiwan yang berbeza mempunyai struktur pernafasan yang berbeza.

4. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis struktur pernafasan haiwan.


Struktur pernafasan
Huraian

Peparu
·         Kebanyakan haiwan darat bernafas melalui peparu.
katak



ular

monyet
Haiwan akuatik seperti ikan paus,ikan lumba-lumba dan penyu juga bernafas melalui peparu.




Insang
·         Hampir semua haiwan yang hidup di dalam air(haiwan akuatik) bernafas melalui insang.






 Contoh: ikan ,udang,berudu

Struktur trakea
·         Serangga bernafas melalui trakea ,iaitu sistem saluran udara halus yang bercabang ke seluruh badan.Udara masuk melalui spirakel,iaitu liang halus yang terdapat pada abdomen dan diangkut melalui salur udara ke sel-sel badan.Contoh:belalang,rama-rama,beluncas,lipas dan mentadak.
      
Kulit lembap
·         Katak dan salamander bernafas melalui peparu dan juga kulit lembap.
·         Cacing tanah bernafas melalui kulit lembap sahaja.
cacing tanah
katak
Kulit lembap membantu menyerap oksigen ke dalam badan.


Insang  buku
.·         Insang buku merupakan struktur pernafasan yang berbentuk seperti buku.
ketam
·         Ketam bernafas melalui insang buku.


Peparu buku

·         Peparu buku merupakan struktur pernafasan yang bebentuk seperti buku.
·         Labah-labah dan kala jengking bernafas melalui peparu buku.
labah-labah











4 ulasan:

  1. salam...
    tolong bagi contoh selain laba-laba dan kala jengking,haiwan yang bernafas dengan peparu buku!
    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Tolong bagi lagi contoh untuk Insang. Selain udang dan berudu

    BalasPadam
  3. apakah organ pernafasan bg ikan paus dan juga kelawar? bagaimanakah proses udara keluar dan masuk melalui organ pernafasan tersebut?

    BalasPadam