1. Seperti manusia,haiwan juga menjalani beberapa jenis proses hidup.
2. Proses-proses hidup yang dijalnani oleh haiwan ialah:
- perkumuhan dan penyatinjaan.
- pernafasan
- pembiakan
- kitaran hidup haiwan
Perkumuhan dan Penyahtinjaan
1.Haiwan berkumuh dan bernyahtinja untuk menyingkirkan bahan buangan daripada badannya.
2. Bahan buangan yang disingkirkan daripada badan haiwan adalah dalam bentuk air kencing,peluh,wap air dan karbon dioksida.
3.Organ-organ perkumuhan haiwan termasuk peparu,kulit lembap,spirakel,insang dan ginjal.
jadual di bawah menunjukkan organ-organ perkumuhan haiwan.
Organ Perkumuhan | Hasil Perkumuhan | Haiwan |
Peparu | Karbon dioksida,wap air | Kucing,katak ,harimau |
Kulit lembap | Karbon dioksida | Katak,cacing tanah |
Spirakel | Karbon dioksida | serangga |
insang | Karbon dioksida | Ikan |
ginjal | Garam mineral,air berlebihan,urea | Burung,kucing,lembu |
4. Haiwan juga bernyahtinja untuk menyingkirkan makanan yang tidak tercerna daripada badannya.
5. Haiwan perlu berkumuh dan bernyahtinja untuk kekal sihat.Bahan buangan akan menjadi racun jika tidak disingkirkan daripada badan.
PERNAFASAN
1. Haiwan perlu bernafas untuk hidup.
2. Seperti manusia,haiwan mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida serta wap air semasa bernafas.
3. Haiwan yang berbeza mempunyai struktur pernafasan yang berbeza.
4. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis struktur pernafasan haiwan.
Struktur pernafasan | Huraian |
Peparu | · Kebanyakan haiwan darat bernafas melalui peparu.
|
katak |
|
ular |
|
monyet |
Haiwan akuatik seperti ikan paus,ikan lumba-lumba dan penyu juga bernafas melalui peparu.
|
Insang | · Hampir semua haiwan yang hidup di dalam air(haiwan akuatik) bernafas melalui insang.
Contoh: ikan ,udang,berudu
|
Struktur trakea | · Serangga bernafas melalui trakea ,iaitu sistem saluran udara halus yang bercabang ke seluruh badan.Udara masuk melalui spirakel,iaitu liang halus yang terdapat pada abdomen dan diangkut melalui salur udara ke sel-sel badan.Contoh:belalang,rama-rama,beluncas,lipas dan mentadak.
|
Kulit lembap | · Katak dan salamander bernafas melalui peparu dan juga kulit lembap. · Cacing tanah bernafas melalui kulit lembap sahaja.
|
cacing tanah |
|
katak |
Kulit lembap membantu menyerap oksigen ke dalam badan.
|
Insang buku | .· Insang buku merupakan struktur pernafasan yang berbentuk seperti buku.
|
ketam |
· Ketam bernafas melalui insang buku.
|
Peparu buku |
· Peparu buku merupakan struktur pernafasan yang bebentuk seperti buku. · Labah-labah dan kala jengking bernafas melalui peparu buku.
|
labah-labah |
|